Skip to main content

PENANG TRIP--- FOOD JOURNEY

Assalamualaikum... Hai!!! Kali ni aku excited nak cerita pasal Kari Kepala Ikan!!!! Bukan senang weyh nak dapat makan sebab bukan semua tempat masak sedap. Cerita ini berlaku tahun lepas dimana waktu itu tengah cuti semester and my mom also tengah cuti sekolah. So we decided to go to Penang sebab waktu tu pun along baru je kahwin. So macam hadiah sambut kedatangan kakak ipar I lah. hehehe. Day 1: Gerak dari rumah pagi.. So sampai Penang dalam tengah hari macam tu tapi agak lewat sebab ada singgah RnR kot. Yang penting sampai dekat Pen Mutiara Restoran tu dalam tiga petang macam tu. Dekat sini famous dia punya kari kepala ikan. So kami order ikan tu. Harga kepala ikan depends on berat dia. Dalam menu memang state pricing makanan semua. Side dishes kami order Sotong goreng tepung, sayur kailan goreng,telur bifsteak,udang goreng kicap dan air jug. Boleh minta air apa-apa pun. So overall harga RM 100++ for five persons. Totally worth it kalau macam occasionally. Janganlah selalu. Bankrup, melainkan kau kaya so no hal. XD Rasa kari kepala ikan yang famous ni? YA ALLAH SEDAP WEYH! bukan nak puji ke apa, but memang sedap seperti yang diperbesarkan oleh penggemar makanan yang lain. Kari dia pekat dan tak ada rasa fishy(hanyir) ikan tu. So aku recommend kari kepala ikan ni. Side dishesnya? semua berbaloi. Paling favourite aku sotong goreng tepung. Tak macam restoran yang lain pernah aku makanlah, tepung dia elok je melekat dekat sotong tu. Sotong besar-besar pula tu. hahahah. Dari 5 bintang, aku bagi 4 bintang. 1bintang takde sebab tempat tu terlalu senyap. Walaupun memang sepatutnya kena senyap sebab dia hotelkan tapi tak best sangat kalau makan ramai-ramai. owh by the way, waktu aku pergi tu memang restoran ni clean sangat! nice! Agak susah nak parking to be honest. Day 2: Sebenarnya day 1 tu kami dinner kat satu kedai nasi kandaq ni tapi terlupa nak tangkap gambar. Nama kedai pun aku ikut lupa nak baca . hahhaha. Gelojoh ngat nak makan kan. Tu yang jadi macam ni. So terus ke day 2, kami pergi berjalan di Padang Kota. Tak tahulah nak cakap macam mana tapi tempat ni famous dengan pelancong melayu lah kot. Sebab aku pergi ramai melayu. Sini famous for their pasemboq. Kami order pasemboq and sotong kangkung. yang Pasemboq ni kena pi layan diri, means kau kena ambil lah lauk yang kau nak. Macam rojak jugalah. Aku bila macam ni memang aku hentam apa yang aku suka jelah. :D. Total aku kena RM 28. Which means quite cheap lah. Sebab dulu aku dengar ura-ura yang kat sini depa hentam harga mahai. Tapi alhamdulillah rezeki aku kot. Kena banyak tu murah jugaklah. Yang sotong kangkung tu pula aku tak ingat harga dia but around RM 20+. Okaylah sebab sotong nya besar. Rasa pasemboq dan sotong kangkung? Hakak kasi 4 bintang juga! Rasa hampa jangan cakap ah, memang sedap dan kena dengan taste aku dan family. So kami berpuas hati. 1 bintang hilang sebab tempatnya tak bersih sangat. huhu. Wrap up this writing.... worth it pergi Penang nak merasa makanan mereka. Sepatutnya kalau korang betul-betul nak discover makanan di Penang ni, korang kena duduk kat sini at least 3 hari ke atas. Baru boleh comparekan tempat makan mana sedap. Ini baru dekat Pulau nya. Tak pergi lagi yang seberang prai tu. Lagi sesuai kot dengan taste aku. hehehe Okaylah, itu sahaja untuk hari ni. Thank you guys baca!

Comments

Popular posts from this blog

DEIF CAFE available at Manjung, Perak.

Assalamualaikum semua! Okay harini I nak bagi review fasal satu cafe semi hipster di kawasan berdekatan dengan tempat I kerja. Opss I kau.. no no no. Back to 'aku'. hahaha From what I know, Deif Cafe ini dah beroperasi selama dua tahun. Atau lebih dari waktu ini. Kedainya alhamdulillah semakin maju thanks to Netizens Manjung! You are the best! keep supporting local brand! jyeah !! 😂😂😂😂😂. Let's get start! Aku order Green tea. Ini yang sejenis Big Cup tu. So harga you guys might already know, RM5. Sedap dan pekat. Puaslah minum. ini appetizer lah kononnya . Sebenarnya sebab aku lapar sangat, tu yang aku order mushroom soup with bread ni. RM 5. Rasanya so so lah. Kalau lapar memang sedap. Ada slightly taste like Pizza Hut punya mushroom soup. Cuma yang ni cair sikit. Soooooo!! the main course!!! TADAAAA! crispy chicken chop!!. yeayy! Harini berniat taknak makan nasi (Aku memang tak makan nasi). Yang ni nak bagitahulah. Rasanya so-so lah. Crispy memang...

D' Laila Corner (Manjung Only)

Assalamualaikum hi guys!!! So hari Sabtu minggu lepas aku dan kawan aku saja mahu try new things. So aku ajak dia makan dekat satu tempat yang aku nampak dekat FB. So they serve Western kinda food but yang common for Malaysian to eat lah. So aku order air Carrot susu jug okay.! sumpah banyak gila. HAHA tapi tak menyesal sebab aku tahu aku makan and minum banyak mana. Air dia sedap. Untuk jug ni RM4 which is cheap! Sebab apa cheap, sebab dia besar. YES BESAR! sila faham bila aku cakap besar. haha So dia caranya makanan tu diletakkan di dalam dulang. But they give us plates lah of course. Just like in the picture, ada spagetti bolognese, chicken chops (SET A). meatballs banyak, mash potato, french fries, coleslaw. hehehe.. So SET A ni for 2 serves. Ada dari SET A sampai SET E kot. Tengok berapa banyak korang punya ramai. Sebab kami dua orang je, so kami order ikut jumlah yang dia dah bagi. BANYAK WEYH. RM 20. So memang berbaloi. tak tipu. Kedai ni terpencil kalau korang...

Mee Tarik Warisan (Cawangan Manjung)

Assalamualaikum! Hi guys! lama sudah tak menulis dalam ni sebab aku memasak kat rumah. Nak tangkap gambar tak sempat. Family sudah habiskan. Adakah aku masak sedap atau mereka lapar. XD Okay mari teruskan dengan review dari kedai ini. First nak bagitahu location. Aku rasa kedai ni banyak cawangan sebab kedai dia macam kedai yang harus ada cawangan hahaha. Clean, and It's a Chinese Muslim punya. Abang Hassan dalam gambar yang dia tulis hahaha. Okay lah abang. So kedai ni dibuka dekat AEON Manjung. Kau masuk pintu utama kedua then pandang kiri, that's it. Jumpalah kedai tu. huhu. Okay mari terus ke makanan Nama air ni Babao Tea. Sejenis Teh Cina. Mak I yang minum ni. Dia kata tak sedap. hahahah. Biasalah, mak mak ni susah sikit kalau benda baru. Tapi sejenis nak merasa. hahaha Ni Mee tarik Goreng + sayur campuran. Ayah I punya. And of course sebagai seorang anak yang berjasa, aku harus mencubanya XD. For me this one just nice. Sayur dia yang macam dalam mee kun...